Viewer Counter

Followers

Kata-kata peransang..

Terimalah CINTA itu dengan hati yang lapang dan nikmati lah ia sementara masih ada...

Jadikan lah hati kamu seperti batu, apabila dilantun dgn sesuatu, lnsg tdk memberi kesan kpdnya, malah melantun semula ke arah yg melantun..Jgn jd kan hati seperti jeli, apabila ia dilantun sesuatu, terus menusuk msk ke dlm nya...lalu meninggalkan kesan kekal bt slama2nya...

Thursday, November 19, 2009

Akibat melewatkan solat...


Artikel lg..hehe...sebagai panduan utk kite semua..korg bc la smpai hbs cite ni...sgt menarik utk dijadikan pnduan...

Bismillah. Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah ... KISAH BENAR ... kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah MASTIKA atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa'raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al-Ma'ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna HITAM sebesar paha bersisik tebal telah BERADA di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah ... keadaan ular tersebut amat menggerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa'raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km jauhnya). Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ULAR HITAM yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar ... mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ULAR HITAM itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba ular HITAM yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan PANTAS dan MASUK meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas - keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah-patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ULAR HITAM itu sedang MEMBELIT jenazah wanita itu serta mematah-matahkan tulang jenazah itu ... Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut PENGSAN melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayat, wanita tersebut SUKA melewat-lewatkan SOLATnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis, insyaAllah. INI BARU SEKSAAN DI DUNIA AKIBAT MELEWATKAN SOLAT ... KALAU TAK SOLAT ??


sumber : virtualfriends.net..

10 comments on "Akibat melewatkan solat..."

Tengku Norazuwin on November 19, 2009 at 10:08 AM said...

adoi darsyat tu...takut....

myLovepatzi on November 19, 2009 at 10:15 AM said...

tu la..mmg menakutkan..tu blsn kat atas dunia kan..kat akhirat lg la..

Airin on November 19, 2009 at 11:04 AM said...

astaghfirullahalazim...ya allah ya tuhanku..ampunkanlah dosa2ku..
fazi..klu xnmpak kelibat org subuh2 tu pandai2 la...tarik jer selimut..nk tarik rambut pn xpe..sakit dunia xpe,sakit esk2 x dpt dibayangkan...gerumnyer.

Tengku Norazuwin on November 19, 2009 at 11:14 AM said...

hhahahahha..kak erin takut doss..hakhakhak

myLovepatzi on November 19, 2009 at 11:50 AM said...

haha..kak erin ni..smpai ajar sy bertindak kejam..kak erin kunci la jam..x pun mlm tu pesan kat sy dulu..mane tau mse tu kot ngah2 ct..

Airin on November 19, 2009 at 12:39 PM said...

mmgla tkt win, nk banding ngan gelap..hok tu lbh takut..
haha..kejam ker??xpela fazi, mengurangkan dosa,fazi pn dpt pahala..hehehe.kunci jam pn kadang2 x terbangun jgk.nak2 musim2 hujan nih..bez sgtla berbungkus.

Mea Ladies Collection on November 19, 2009 at 2:38 PM said...

hi! seronok bca blog u..
harap2 dpt slalu update blog u spy mea dpt ari2 bca blog u ok..
jgn lupa add blog mea..
http:/wwwmealadiescollection.blogspot.com
http:/www.meainorangemood.blogspot.com

myLovepatzi on November 19, 2009 at 2:42 PM said...

hehe..thnks mea..sy dah follow blog awk tau..

hasni on November 19, 2009 at 10:20 PM said...

insaf baca this entry
tanx dear 4 sharing this story
keep it up ok

myLovepatzi on November 20, 2009 at 12:27 AM said...

hehe..ok..welcome dear..;)

Related Posts with Thumbnails

My Facebook

Myself

Myself

My Baby

My Baby
 

myLovepatzi Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Blogger Template Gallery