Jam : 12.30 pm - 2.30 p.m
Lokasi : Warung Sri Ayu,Gombak.
Yg turut meraikan : QA team (K.awien, amy, harris n faziey)
Yg diraikan : Nurul Ezzaty Bt Muhizan.
Kalu korg nk tau, ni la rutin harian sy kat pejabat...siap tunjuk ngan animation cartoon lg..hehe..
Bila bos x der kat ofis :
Bila bos y.m :
Bila kna jumpe ngan bos:
Bila waktu rehat :
Bila x yah msk meeting :
Bila tengah cari idea untuk siapkan kejer :
Bila keje yg bos bagi susah nak buat :
Bila otak jam... :
Bila member banyak songeh dan berlagak pandai :
Bila member tukar fikiran saat akhir :
Bila bos srh kejer lebih masa :
Bile bos suruh datang ofis hari minggu :
Bila dah terbuat silap pada kejer yg bos bagi :
Bila kejer dpt disiapkan dengan jayanya :
Bila kejer gagal n bos mrh :
Bila dapat CUTI : TENTU LA HAPPENING!!!
Yeay2...esk ngan lusa cuti...SLAMAT BERCUTI sume kwn2...harap2 korg enjoy!!!
Bismillah. Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah ... KISAH BENAR ... kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah MASTIKA atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa'raya, Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al-Ma'ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna HITAM sebesar paha bersisik tebal telah BERADA di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah ... keadaan ular tersebut amat menggerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa'raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km jauhnya). Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ULAR HITAM yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar ... mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ULAR HITAM itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba ular HITAM yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan PANTAS dan MASUK meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas - keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah-patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ULAR HITAM itu sedang MEMBELIT jenazah wanita itu serta mematah-matahkan tulang jenazah itu ... Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut PENGSAN melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayat, wanita tersebut SUKA melewat-lewatkan SOLATnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis, insyaAllah. INI BARU SEKSAAN DI DUNIA AKIBAT MELEWATKAN SOLAT ... KALAU TAK SOLAT ??
Sekadar berkongsi info...JANGAN LAKUKAN 7 PERKARA INI SELEPAS MAKAN...
1. Jangan merokok
-Kajian membuktikan bahawa menghisap sebatang rokok selepas hidangan adalah setanding dengan 10 batang rokok (peluang utk menghidap kanser adalah lebih tinggi).
2. Jangan makan buah buahan
-Memakan buah-buahan selepas hidangan akan menyebabkan perut mengembung dengan udara. Oleh itu makanlah buah-buahan 1-2 jam selepas hidangan atau 1jam sebelum hidangan.
3. Jangan minum teh
- Daun teh mengandungi kandungan asid yg tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yg dimakan akan dibekukan dan sukar untuk dicernakan.
4.Jangan melonggarkan tali pinggang anda
- Melonggarkan tali pinggang selepas satu hidangan akan mudah menyebabkan usus memulas.
5. Jangan mandi
-Mandi selepas hidangan akan menyebabkan peningkatan aliran darah untuk tangan, kaki dan badan di sekeliling perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dlm perut.
6. Jangan berjalan kaki
- Berjalan akan menyebabkan sistem penghadaman tidak boleh menyerap pemakanan daripada makanan yang telah diambil.
7. Jangan tidur segera
- Makanan yg diambil tidak akan berupaya mencerna dengan betul. Oleh itu risiko utk mendapat gastrik adalah tinggi..
sumber: mahligai@yahoogroups.com
BANGI: Mengaku kononnya adalah penganut agama Islam tulen namun rata-rata pekerja sebuah restoran `mamak' muslim yang disoal siasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah atau membaca surah al-Fatihah sekali gus membongkar rahsia identiti mereka yang sebenar.
Lebih mengejutkan pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyangka ia restoran halal.
Taktik itu dibongkar Jakim selepas penyamaran dilakukan kakitangannya di restoran berkenaan sejak sekian lama sebelum melakukan serbuan semalam.
Kewujudan restoran `halal' palsu itu dibongkar selepas sepasukan lima pegawai Jakim dibantu enam pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menjalankan serbuan mengejut di restoran berkenaan di Jalan Bangi di sini, semalam.
Menurutnya, kebanyakan pekerja dari India itu pada mulanya mengaku beragama Islam, namun gagal membaca surah al-Fatihah atau mengucap dua kalimah syahadah.
"Mereka tiba-tiba menjadi gagap dan hanya menggeleng kepala sekali gus membuktikan mereka bukan beragama Islam seperti didakwa.
Menurutnya, pemilik restoran sengaja menggantung kalimah ayat suci Al-Quran, Allah dan Nabi Muhammad di dinding premis termasuk ayat seribu dinar untuk mengaburi pemilik sebenar restoran berkenaan.
"Semua ayat al-Quran itu sengaja digantung di atas kaunter pembayaran selain sijil halal palsu yang turut diguna pakai bagi meyakinkan pelanggan seolah-olah restoran terbabit milik orang Islam.
"Siasatan susulan terhadap sijil pendaftar syarikat (ROC) bagaimanapun mendapat bukti paling jelas apabila nama pemilik yang tertera pada dokumen bukan Islam," katanya.
Menurutnya, penyelia berusia 30-an yang juga bukan Islam cuba berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan tidak munasabah berhubung bukti diperoleh itu sambil memberitahu restoran terbabit milik orang Islam.
"Agak mengejutkan apabila seorang lelaki berusia 40-an yang tidak dikenali tiba-tiba muncul sebelum memperkenalkan diri sebagai rakan kongsi pemilik restoran berkenaan.
"Lelaki itu mendakwa menguruskan restoran terbabit walaupun namanya tidak tertera pada ROC. Dia mendakwa restoran itu diuruskan olehnya. Bagaimanapun pegawai Jakim percaya lelaki berkenaan hanyalah `wayang' yang diupah sekiranya berlaku apa-apa masalah," katanya.
malam pertama kita di dlm
.....
(baca shingga abis)
myLovepatzi Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Blogger Template Gallery